PENGEMUDI UniSZA Sumbang Beg Sekolah

Beg0102182 BESUT: 40 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Beting Lintang menerima bantuan persekolahan beg sekolah dari Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (PENGEMUDI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sumbangan tersebut melibatkan murid darjah satu hingga enam yang miskin dan kurang berkemampuan.

Pengerusi PENGEMUDI, Mohd Termizi Aziz, berkata sumbangan tersebut sebagai tanda komitmen persatuan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan murid kurang berkemampuan.

“Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan pihak kami dengan harapan dapat meringankan bebanan ibu bapa menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak,” katanya.

Katanya lagi, keceriaan dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh anak-anak itu cukup menyentuh hati

“Mungkin ada yang berpendapat apalah yang hendak dibanggakan dgn sumbangan beg yang tidak seberapa nilainya. Tapi pada kami ianya ckup bermakna apabila melihat senyuman di wajah anak- anak kecil ini. Kecil pada kita, besar pada mereka”

“InsyaAllah, PENGEMUDI akan teruskan lagi program seperti ini kerana ia cukup bermakna apabila melihat senyuman di wajah anak- anak kecil,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, YBhg. Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin. Turut hadir, Guru Besar SK Beting Lintang, Adnan Hussim.

Beg0102181 Beg0102183

Cetak E-mel