101 GRADUAN PERUBATAN SERTAI NATIONAL PRE-HOUSEMANSHIP WORKSHOP 2018

Pre010218 KUALA NERUS: Seramai 101 graduan perubatan seluruh Malaysia termasuk pelajar yang belajar di luar negara menyertai National Pre-Housemanship Workshop 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak.

Bengkel yang pertama kali diadakan di Pantai Timur itu bertujuan membantu graduan perubatan untuk persedian dan pendedahan kepada mereka sebelum menjadi Pegawai Perubatan Prasiswazah.

Zainal Zulkifli, 25, berkata bengkel yang berlangsung selama lima hari  itu banyak membantu beliau dalam persediaan menjadi seorang doktor pada bulan depan.

“Tahun ini amat mencabar bagi kami kerana kakitangan kontrak baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi impak yang sangat besar dan memerlukan kami bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjawat jawatan tersebut”

“Kami juga perlu menunggu panggilan untuk masuk berkerja dalam Hospital Kerajaan sekitar 9-12 bulan selepas tamat pengajian dan menyebabkan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari perlu diperingatkan semula agar maklumat tersebut sentiasa segar dalam kotak ingatan,” katanya yang merupakan graduan perubatan dari UniSZA.

Bagi Siti Nor Hidayah Zainuddin, 24, beliau begitu gembira kerana berpeluang untuk menghadiri bengkel itu kerana ianya murah dan begitu berpatutan

“Kursus ini sering kali diadakan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, tetapi program berkenaan terlalu singkat dan slot-slot yang disediakan tidak memenuhi kehendak kami pada masa kini.

“Kos sekitar RM 1300 hingga RM1600 menyebabkan ramai graduan seperti kami tidak mampu menyertai bengkel berkenaan”,katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga graduan perubatan dari Universiti College Cork, Ireland itu berkata program itu adalah satu inisiatif yang baik kepada para graduan perubatan untuk hadir kerana tiga kali lebih murah berbanding kursus yang diadakan diluar dengan khidmat bantuan pensyarah dari Fakulti Perubatan UniSZA.  

Sementara itu, Kluster , berharap supaya semua graduan perubatan bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan bertanggungjawab dalam segala benda,.

“Saya percaya bahawa program ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang baik kepada para peserta dan dapat memberikan pendedahan kepada para peserta sebagai persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan sebagai doktor yang sebenar”, katanya pada perasmian penutup National Pre-Housemanship Workshop 2018

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Persatuan Mahasiswa Perubatan UniSZA (MediSZA) iitu turut diserati graduan perubatan dari luar negara antaranya Ireland, India, Indonesia dan Rusia.

Pre0102182

Cetak E-mel