WIWING JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK KOLEJ KEDIAMAN UniSZA

masak1 KUALA NERUS - Seramai 26 pelajar dan kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersaing dalam Pertandingan Memasak Kolej Kediaman UniSZA 2017 yang berlangsung di Foyer Kolej Kediaman Kampus Gong Badak

Penolong Pengurus Asrama, Asma Md Jaafar berkata, pertandingan anjuran Pejabat Kolej Kediaman itu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta terhadap masakan berkhasiat serta amalan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.

“Selain itu, ia juga memupuk minat memasak dan mencungkil bakat serta kreativiti para peserta terutamanya kaum lelaki dalam bidang masakan," katanya yang juga urusetia pertandingan.

Menurut Asma, setiap kumpulan diwakili seramai dua orang dan dikehendaki menyediakan menu masakan bertemakan Menu Sihat Hidangan Makan Tengahari dan dihakimi oleh tiga orang juri jemputan yang arif dalam bidang masakan.    

Kumpulan WiWing yang diwakili oleh Sayani Alias dan Nurul Syaimaa Norjala berjaya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu dengan mengetengahkan menu Pecal Timun, Daging Masak Black Pepper, Salad Buah Campur, Bubur Gandum dan Air Mempelam.

Naib johan pula disandang kumpulan Pandan Wangi yang dianggotai Faridah Wahab dan Azilawati Rofa manakala kumpulan Tengok Sedap Doh yang diwakili Mohd Napi Abd Rahman dan Rozaidi Awang  mencul tempat ketiga.

Sementara itu, Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman, berkata pertandingan    memasak itu berpotensi untuk dijadikan sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang begitu mengalakkan dan kretiviti masakan yang  mempesonakan dari kalangan peserta bertanding. 

masak2

Cetak E-mel