MKK UniSZA BINA KEYAKINAN UNTUK BERKHIDMAT

mkk1 SETIU - Seramai 44 ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Kolej Kediaman sesi 2017/2018 di Peladang Setiu Agrotourism & Resort.

Program selama tiga hari itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli MKK tentang pengurusan organisasi.

Pengarah Majlis Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman, berkata prgram itu juga untuk membantu dan mengasah bakat ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organisasi.

“Sebanyak empat slot ceramah dijalankan sepanjang kursus ini iaitu tentang kepimpinan, surat menyurat dan sistem fail, tatacara penyediaan kertas kerja dan laporan serta protokol dan pengurusan acara”

“Selain ceramah dan latihan dalam kumpulan, mereka turut didedahkan dengan aktiviti sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar membentuk keyakinan diri dalam menghadapi cabaran”, katanya ketika ditemui.

Seorang peserta, Wan Nur Syazani Wan Ismail berkata, dia merasa lebih berkeyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli MKK selepas melalui setiap aktiviti yang diadakan.

“Selepas tiga hari berkampung disini, apa yang dipelajari amat membantu dalam melakukan perancangan aktiviti bermanfaat yang mampu menarik penyertaan semua penghuni kolej kediaman,” katanya.

mkk2   mkk3

Cetak E-mel