PERSIAPAN AWAL PELAJAR UniSZA DALAM PERNIAGAAN

Show1 KUALA NERUS -  Seramai 11 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berhimpun bersama  usahawan dari pelbagai Universiti dan Kolej Komuniti pada Program Siswapreneur Showcase 2017 dengan tema

Program anjuran  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bertujuan mempromosikan produk-produk inovasi dan keusahawanan pelajar IPT ke pasaran komersial dan lebih berdaya saing.

Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar (PKKP) UniSZA, Dr. Wan Amalina Wan Abdullah berkata, program itu adalah satu medium yang amat baik dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali bidang pekerjaan yang diminati dan menjadikan pelajar sentiasa berfikiran positif serta dapat berdaya saing dalam perniagaan.

Katanya lagi, program itu dapat menjadi persiapan awal atau tindakan pro aktif yang diambil oleh pelajar untuk lebih memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan di masa akan datang.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada pelajar UniSZA dan juga universiti lain amat menggalakkan malah reaksi yang diberikan adalah positif termasuk pengunjung awam pasaraya juga memberikan kerjasama yang baik”

“Pelajar juga dapat dapat menjual produk-produk mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti kecantikan dan kesihatan, makanan, pakaian dan kesenian”

Tambahnya lagi, sepanjang pameran itu dijalankan, pelbagai aktiviti pentas diadakan antaranya dekorasi coklat yang oleh pelajar UniSZa, demonstrasi canting batik, pertandingan dekorasi kek cawan dan  pertandingan entrepreneurship explorace.

Program yang dijalankan secara bersiri mengikut zon itu bertemakan Entrepreneurship Culture & Heritage” dan telah berlangsung berlangsung selama tiga hari di KB Mall, Kota Bharu.

show3

Cetak E-mel