PROGRAM INSPIRASI JALINAN UKHUWAH ANAK YATIM BERSAMA UniSZA

 

Hepa1 KEMAMAN- Seramai 31 pelajar tahun akhir Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program  Inspirasi Jalinan  Ukhuwah Anak Yatim bersama pelajar SMK Binjai.

Pensyarah FIK, Zaami Mohamad, berkata program itu diadakan bertujuan untuk memupuk minat mahasiswa khususnya pelajar tahun akhir bagi menyumbang sesuatu kepada komuniti sesuai dengan UniSZA sebagai sebuah universiti komuniti.

“Ini juga sebagai satu dorongan dan galakkan kepada pelajar untuk membina sahsiah diri yang terpuji dan mencapai kecemerlangan dalam akademik” katanya juga penasihat program.

Katanya lagi, program itu menfokuskan kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 dari sekolah tersebut.

“Kita juga telah jalankan beberapa aktiviti dan pengisian sesuai dengan umur pelajar yang hadir dengan dibahagikan kepada beberapa kumpulan  bersama fasilitator”. “Dengan ini mereka dapat meluangkan masa dan dapat bertanya serba sedikit mengenai kehidupan di alam universiti untuk perancangan mereka pada masa akan datang”, katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah “Binaan Monumen Masa Hadapan”, “Explorace Kejayaan” dan “Matlamat Kehidupan”. Program dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (PTNC) HEPA dan SMK Binjai itu berlangsung selama tiga hari itu diadakan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengawai Pendidikan Daerah Kemaman, (Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian), Mahzan Hamzah. Turut hadir, Pengetua SMK Binjai, Mazidah Che Embong, Pengetua Asrama Yayasan Terengganu Kemaman, Mohd Rozaizam Yusoff dan YDP PIBG SMK Binjai,  Wahab Mohd Zin.

Hepa2   Hepa3

 

Cetak E-mel