UniSZA METERAI MOU DENGAN IPB, INDONESIA

fbim2 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Insititut Pertanian Bogor (IPB) Indonesia, melibatkan beberapa kerjasama antaranya pertanian, bioteknologi dan teknologi makanan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latiff berkata tujuan MoU berkenaan sebagai usaha meningkatkan lagi jaringan kerjsama yang mengfokuskan kepada pertanian dan perubatan veterinar.

“Untuk bidang pertanian ini, kita akan lebih bekerjasama dan beri tumpuan kepada pembiakan tumbuhan, hortikultur, patolagi tumbuhan dan perladangan” katanya.

Katanya lagi, UniSZA merancang untuk mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama IPB yang merangkumi program mobiliti pelajar berkredit dan tidak berkredit.

“Kita juga akan berkerjasama dalam program summer camp serta pertukaran pensyarah jemputan dan profesor adjung” katanya ketika ditemui.

MoU tersebut telah ditandatangani olehnya selaku Naib Canselor UniSZA, manakala pihak IPB pula diwakili Rektornya, Dr. Arif Satria.

fbim1

Cetak E-mel