UniSZA NAIB JUARA PROGRAM INTERVARSITY YOUNG MOTIVATOR COMPETITION 2017

ism1 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul sebagai naib juara dalam Program Intervarsity Young Motivator Competition 2017 yang berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Program tahunan anjuran Majlis Unit Kaunseling dan Unit  Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) itu bertujuan melahirkan pelapis-pelapis motivator dalam kalangan mahasiswa (Universti Awam) yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar.

Selain itu, program ini turut melatih mahasiswa supaya lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dan memotivasikan individu.

UniSZA yang diwakili Muhammad Syafiq Mohd Sakir, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antopologi Dakwah berjaya membawa pulang trofi, sijil dan  saguhati RM 1500.00

Mohamad Amirul Shah Mohamad Amin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Kaunseling pula membawa pulang sijil dan hadiah saguhati selepas berentap melepasi beberapa  saringan.

Sebanyak 19 buah Universiti Awam telah mengambil bahagian pada program berkenaan yang melibatkan seramai 37 orang peserta.

01.03 UK UniSZA Naib Juara 2

Cetak E-mel