KEMBARA ILMU 60 PELAJAR BERSAMA PRS UniSZA

kaun11 HULU TERENGGANU – 60 pelajar tingkatan dua dan empat dari SMK Seri Berang menyertai Program Motivasi Dan Pemantapan Matlamat Sebagai Pelajar Cemerlang di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang.

Program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA itu bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga sosial.

Ketua Unit Kaunseling UniSZA, Rosni Mohammad, berkata program selama satu hari itu dikenadalikan oleh 10 fasilitor dari Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UniSZA yang terlatih.

“Mereka telah membantu pelajar sekolah ini untuk mencungkil potensi diri serta menanamkan sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar”

“Berdasarkan aspek tersebut pelajar mampu bertanggunggjawab dengan diri sendiri berdasarkan penentuan matlamat yang telah ditetapkan”, katanya.

Menurut Rosni, individu yang tahu nilai diri serta kelebihan dan kelemahan akan lebih berkeyakinan, berfikir lebih positif dan produktif dalam menghadapi sebarang halangan sebagai pelajar yang berjaya.

kaun12 kaun13

Cetak E-mel