• Utama
  • Berita@UniSZA
  • 162 PELAJAR UniSZA SERTAI Inspire Exam “Intelligent Spiritually-Sound, Recharged”

162 PELAJAR UniSZA SERTAI Inspire Exam “Intelligent Spiritually-Sound, Recharged”

01 KUALA NERUS – Seramai 162 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Inspire Exam “Intelligent Spiritually-Sound, Recharged”  anjuran  Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA.

Program selama satu hari itu bertujuan untuk membantu mahasiswa membuat persedian awal dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan serta dapat meningkatkan motivasi dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Kehadiran dua penceramah pada program berkenaan iaitu Dr. Anas Mohd Yunus dan Ahmad Termizi Ab Aziz telah memberi semangat kepada mahasiswa yang hadir serta begitu teruja setelah diberi suntikan motivasi daripada penceramah yang hebat dan berpengalaman.

02 03

Cetak E-mel