PELAJAR HUBUNGAN ANTARABANGSA UniSZA KUMPUL DANA UNTUK PALESTIN

Quds24122 Kuala Nerus: Fakulti Undang-Undang dan Hubangan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpulkan dana lebih RM 1000.00 untuk disumbangkan keTabung Amal Palestin.

Melalui program anjuran Persatuan Mahasiswa Hubungan Antarabangsa iaitu Al-Quds For Palestine, pelajar yang terlibat telah mengumpul dana selama dua hari sepanjang program berlangsung untuk membantu rakyat Palestin.

Pengarah Program, Izyan Athirah Mokhtar, berkata program Al-Quds For Palestine diadakan bertujuan memupuk semangat prihatin dan cakna terhadap isu global dalam kalangan pelajar Hubungan Antarabangsa, mahasiswa dan masyarakat secara amnya.

“Alhamdulillah, selama dua hari program ini berlangsung, ia telah memberi banyak manfaat dan kesedaran kepada pelajar dalam membantu masyarakat Palestin yang terpenjara di tanah air sendiri”

“Selain mengadakan kutipan dana, kami juga menjalankan aktiviti flashmob dan ceramah tentang penderitaan rakyat Palestin”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, program sebegitu adalah perlu memandangkan mahasiswa dan masyarakat hari ini yang akan memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu kemanusiaan untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa khususnya.

Seorang pelajar, Nur Natasha Aziz, 21, menjelaskan dia tidak dapat mengawal perasaan sedih apabila menonton flashmob berkaitan penderitaan di Palestin.

''Sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan di sana. Hari ini baru saya tahu betapa mereka terseksa malah anak kecil turut menjadi mangsa kekejaman pihak tidak bertanggung jawab,'' jelasnya.

Quds24121

 

Cetak E-mel