300 PESERTA SERTAI ‘COLOUR RUSH 2017’

11.30 FBK Colour Rush 2 Kuala Nerus: Meskipun hujan renyai sepanjang hari, namun ia bukan penghalang bagi 300 peserta untuk menamatkan larian sejauh 3 kilometer yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin, kampus Gong Badak.

Program anjuran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi UniSZA itu adalah larian kesedaran kesihatan iaitu Colour Rush yang berkonsepkan ‘colour run’.

Pengarah program, Sivanesan a/l Selan, berkata, selain membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat program itu juga bertujuan menggilap kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.

“Dengan bertemakan warna yang mana pelari akan bermandi dengan berbagai jenis warna, sekali gus memeriahkan lagi acara yang diadakan ini”, katanya

Menurut Sivanesan, pingat dan sijil diberikan kepada 30 pemenang pertama, manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.

Selain program larian, acara lain seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, face painting, hand painting, pertandingan swafoto dan cabutan bertuah turut dijalankan.

Seorang peserta, Natasha Muda, 20, pelajar Fakulti Sains Sosial Gunaan, berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai acara larian seperti itu jika berkelapangan.

“Saya tertarik dengan tema yang dibawa oleh penganjur. Selain untuk beriadah, ia juga dapat mengeratkan silaturrahm antara kami sebagai mahasiswa bersama dengan komuniti luar,” katanya ketika ditemui.

11.30 FBK Colour Rush 1 11.30 FBK Colour Rush 4 11.30 FBK Colour Rush 5

Sementara itu, Mohd Hafizol Musa, 26, pula menyifatkan, acara yang berkonsepkan larian santai itu bukan sahaja dapat mengisi masa lapang pada hujung minggu tetapi amat baik untuk meningkatkan kesihatan kerana ia mampu menyihatkan tubuh badan.

“Acara larian seperti ini memberi peluang kepada kami untuk melakukan aktiviti kecergasan secara beramai-ramai tanpa mengira kaum dan latar belakang”, katanya ketika ditemui.

Cetak