jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

ZIARAH PRIHATIN UniSZA DI HSNZ

wad11Kuala Nerus: Seramai 32 orang pelajar dan 2 orang pegawai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Ziarah Prihatin bertempat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada 24 Mac 2017 yang lalu.

Program anjuran Majlis Kolej Kediaman (MKK) A Kampus Gong Badak dengan kerjasama Kelab Perkum UniSZA dan pihak HSNZ itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa tentang peranan mereka terhadap masyarakat luar yang memerlukan sokongan dan bantuan supaya menjadi mahasiswa yang holistik dan sebagai masyarakat yang prihatin. Pengarah Program,Nur Aainaa Abu Zaki, berkata program itu merupakan tanggungjawab sosial mahasiswa  dalam mendekati dan membantu pesakit di wad hospital.

Tambahnya lagi, dari sudut psikologi menziarahi pesakit boleh memberi sinar harapan, keceriaan dan mungkin dapat menyuntik semangat mereka untuk kembali sembuh. Antara aktiviti yang kita lakukakn adalah berkongsi dengan mereka adalah berkaitan dengan kemudahan solat bagi pesakit serta menyampaikan cenderhati berupa kurma, buku doa harian serta zikir-zikir harian”, katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta,Muhamad Ikram Redzuan berkata, program itu telah memberi satu pengalaman amat berguna kepadanya dan perlu diadakan setiap bulan ataupun dijadikan acara tahunan. “Apa yang kami lakukan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit rasa sakit dan melegakan dengan menziarahi mereka walaupun tiada talian persaudaraan dan siapa tahu satu hari nanti kita pula yang menjadi pesakit”.

Program ini diberi respon yang positif dalam kalangan mahasiswa kerana mendedahkan dunia sebenar mereka tentang masyarakat dan juga diberi pujian oleh pihak kakitangan hospital iaitu Matron Puan Fauziah keranan kesudian dalam bersama-sama membantu mereka menjayakan program Wad ”Mesra Ibadah” yang telah dilaksanakan di hospital seluruh negara.

wad22