MAJLIS ANUGERAH DEKAN FRIT

frtk3 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan (MAD) pada hari Rabu 22 November 2017, bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang yang dihadiri 100 orang staf FRIT dan 350 orang pelajar. Majlis Anugerah Dekan ini adalah bertujuan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada semester 2, sesi 2016/2017.

Seramai 88 orang penerima Anugerah Dekan bagi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi Penerima Anugerah Terbaik Fakulti dimenangi oleh Siti Naimah Solehah binti Mohd Idris, Anugerah Terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian oleh Wan Alif Asyraf bin Wan Nor Ruddin.

Manakala, Anugerah Terbaik Program Diploma Reka Bentuk Perindustrian dimenangi Amirul Amin bin Abd Rahim dan Anugerah Terbaik bagi ISM Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk ) oleh Siti Naimah Solehah bintI Mohd Idris. Anugerah Terbaik Diploma Teknologi Pembuatan oleh Muhammad Iqbal Ayyub bin Roslan. Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.

Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.

frtk2   frtk3   frtk4

Cetak E-mel