UniSZA DAN CELCOM JALIN KERJASAMA

11 Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan bekerjasama dengan CELCOM Axiata Bhd melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung pada Majlis Perasmian Karnival Industri, Keusahawanan dan Kerjaya UniSZA 2017

UniSZA telah ditandatangani oleh Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Manakala CELCOM Axiata Bhd pula ditandatangani oleh Head Corporate Responsibility & Government Relations, Saiful Bahrin Abd Ghaffar dan disaksikan oleh  Head Enterprise Business Solutions, Azmi Daud.

Pada majlis itu juga, pihak Celcom Axiata Bhd juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 bagi program KPT – Celcom Siswapreneur Asnaf@UniSZA dan daripada jumlah tersebut akan diberikan kepada pelajar asnaf UniSZA.

UniSZA turut menerima sebuah ‘mobile booth’  dari Pihak Celcom yang akan dijadikan makmal asnaf UniSZA bagi memberi peluang kepada pelajar UniSZA untuk belajar mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan.

44   22   33

Cetak E-mel