TANGLE OF LOVE

Pos Buntu 1 Kuala Nerus :  Satu program kemasyarakatan yang dikenali Tangle of Love telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Rekabentuk Perindustrian Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) dan Persatuan Sukabantu Universiti Teknologi  MARA ( UITM ) Cawangan Melaka pada 10 – 12 November 2017 di Kampung Sungai Buntu Raub, Pahang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mahasiswa dan mahasiswi dapat melawat perkampungan orang asli dan mengenali budaya serta cara hidup mereka.  Memberi pendedahan kepada komuniti orang asli kepentingan pendidikan, kesihatan dan teknologi terkini.  Disamping itu mereka dapat mengiratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Pengisian program melibatkan aktiviti dengan anak anak komuniti seperti mewarna, mengajar membaca dan pelbagai acara sukan, manakala sebelah malam, diadakan majlis solat berjamaah , bacaan surah yasin dan tazkirah.

Seramai 30 mahasiswa dan mahasiswi  UniSZA dan 30 dari UITM berkolaborasi selama dua hari disana. Dua orang Penasihat/Peg wai Pengiring turut serta dalam program tersebut.  Mereka ialah Pensyarah FRIT, Dr. Ruwandy Mat Rasul dan Pegawai Latihan Vokasional  FRIT  Mohd Hazim Abdul Aziz. Manakala Persatuan Sukabantu UITM di ketuai oleh Penasihat Pesatuan, Mohamad Shafiq Senian. Tok Batin Amran mewakili komuniti Kampung Sungai Buntu.

Dengan adanya program sebegini adalah diharapkan UniSZA lebih dikenali dari dekat sebagai sebuah Universiti  Komuniti dan dapat meningkatkan kerjasama yang lebih baik antara akademia dan industri melalui pengenalan suatu model kerjasama lingkaran empat pihak mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 ( Pendidikan Tinggi ).

Pos Buntu 2   Pos Buntu 4   Pos Buntu 5

Cetak E-mel