PROGRAM SEKS DAN ANCAMAN JENAYAH SIBER : ISU & CABARAN MASA KINI

kaunse2611 Program Seks dan Ancaman Jenayah Siber : Isu & Cabaran Masa Kini, telah berjaya diandakan pada 10 Ogos 2017, bertempat di Dewan Auditorium, UniSZA Kampus Besut. Program anjuran Unit Kaunseling, PTNC HEPA ini bermatlamat bagi memberi kefahaman kepada warga kampus berkaitan isu, ancaman Jenayah Siber dan cabaran yang dihadapi dalam menangani jenayah ini terutama berkait dengan remaja. Seramai 94 orang peserta secara sukarela telah menghadiri program ini.

Program ini turut menjemput dua orang penceramah iaitu YBrs. Superitendan Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff dari Bahagian Siasatan Jenayah dan komersil, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dan Y.brs. Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany, Pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA. Sebanyak dua slot program telah diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Bagi slot pertama penceramah telah mengupas isu jenayah siber dan menyifatkan kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial lain termasuk aplikasi WhatsApp dan Wechat telah mendedahkan golongan remaja kepada ancaman dunia siber sekiranya digunakan dengan cara salah. berkata, bagi mengekang kes membabitkan jenayah siber terus meningkat, menjadi pengguna bijak dan berhemah adalah penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut.

Superitendan Tuan Mohd Azhar bin Mohd Yusoff dari Bahagian Siasatan Jenayah dan komersil, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pula mengulas bahawa pihaknya tidak boleh menghalang kepesatan teknologi tetapi penggunalah yang perlu menjadi menjadi pengguna bijak, bertanggungjawab dan berhemah.

Semoga menerusi pelaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa/siswi UniSZA untuk mencegah daripada terjebat dalam jenayah siber.

Cetak E-mel