jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

Gap Year

  • PENGENALAN

    Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) iaitu melahirkan graduan holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Gap Year merupakan program yang akan dilaksanakan dalam jangka masa setahun untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan (a year of self-reflection and self-discovery through volunteerism). Gap Year direkabentuk dengan keistimewaan yang membenarkan pelajar memilih untuk menangguhkan pengajian bagi melaksanakan kerja-kerja kesukarelawanan yang telah direncanakan dengan agensi yang terpilih.

    Terdapat tiga bentuk program Gap Year iaitu :

    • Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara,
    • Gap Year - Kesukarelawanan; dan
    • Gap Year - Umum.

    Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara

    Program ini akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM). Terdapat dua Universiti Awam (UA) yang akan menjadi peneraju kepada program Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pelajar akan berkhidmat sebagai sukarelawan di tiga agensi tersebut selama 1 tahun.

    Gap Year - Kesukarelawanan

    Program Gap Year - Kesukarelawanan merupakan program yang pelajar untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selama 3 hingga 9 bulan mengikut program yang ditawarkan oleh universiti peneraju bersama agensi yang terlibat. Universiti bersama agensi yang menawarkan program Gap Year - Kesukarelawanan dalam kategori ini adalah seperti berikut :-

    • Universiti Utara Malaysia (UUM) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Islamic Relief Malaysia (IRM)
    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    • Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak(JPNP).

    Gap Year - Umum

    Program Gap Year - Umum terbuka kepada pelajar yang ingin menangguhkan pengajian yang meliputi penglibatan aktiviti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran, pelancongan dan lain-lain aktiviti. Aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing. Tempoh minimum program adalah selama satu semester dan tempoh maksimum adalah selama satu tahun kalendar akademik. Program ini tidak mempunyai struktur spesifik seperti program Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara atau Gap Year - Kesukarelawanan. Pelajar bebas memilih program yang bermanfaat dan menambah nilai kemahiran.

  •  

    20150111 181057 20141029 121010 resized
    20150111 182137 20150111 182453
    20150405 123648
       
    DSC 0113 resized 20150112 093205