6 AHLI KELANA KLKM UNISZA TERIMA ANUGERAH BADEN POWELL

pengakap1 Kuala Nerus: Enam ahli kelana Kumpulan Latihan Kelanasiswan Malaysia (KLKM) Universiti Sultan Zainal Aibidin (UniSZA) berjaya mendapat Anugerah Baden Powell sempena Istiadat Perbarisan dan Penganugerah Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri KLKM IPTA/IPTS Kali Ke IV 2017.

Mereka adalah Wan Muhammad Zulhilmi bin Wan Azhar (FRIT), Noor Syahida binti Bahring (FSSG), Sharifah Nurshafiqah binti Sted Shuhaimi (FKI), Siti Noorzahira Fitri binti Abdullah (FESP), Wan Nor Aima Shazila binti Wan Ibrahim (FBK), Fazlin Nuramalina binti Shafie (FUHA).

Istiadat yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli KLKM yang telah menamatkan kursus Pemimpin Manikayu dengan diberi tauliah Sijil Tamat Kursus Manikayu berdasarkan silibus yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan World Scout Movement (WOSM) itu berlangsung 17 hingga 20 November 2017 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

UniSZA turut dipilih menjadi tuan rumah bagi isitadat tahun ini selepas diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor dan Universiti Malaya (UM).

Seramai 77 orang ahli dari pelbagai daerah KLKM telah menyertai Istiadat yang diadakan setiap tahun ini iaitu KLKM Daerah UniSZA seramai tujuh orang, KLKM Daerah USM (44), KLKM Daerah (1), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), KLKM Daerah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong (2), KLKM Daerah Universiti Putra Malaysia (UPM) ) (13) , KLKM Daerah Politeknik Malaysia, Mukah (6), KLKM Daerah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2), dan PPM Negeri Johor (2).

Sementara itu, peserta isitiadat tersebut turut diberi Sijil Tamat Latihan Kursus Manikayu iaitu pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Antara penerima dari UniSZA adalah Penolong Pesuruhjaya KLKM UniSZA, Mohammad Rizal Mohammad Mahir, Baheyah Sanat, Mohd Harris Salleh, Noor Faidza@Khairani Mohd Mohktar dan Mohd Khairul Azmi Mohamad Salleh.

Selain itu, 70 peserta dari USM,  seorang dari Politeknik Malaysia Seberang Perai dan  24 orang pemimpin KLKM turut menerima Sijil Tamat Latihan Kursus Manikayu tersebut.

Istiadat telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd. Salleh. Turut hadir, , Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu,Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Tuan Che Soh Muda.

pengakap2   pengakap3   pengakap4

Cetak E-mel