Iklan Pengisian Jawatan TNC (HEPA)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

IKLAN PENGISIAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

UniSZA mempelawa individu-individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni). Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan iklan berhubung jawatan berkenaan untuk dipanjangkan kepada staf di Universiti YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 November 2017 (Khamis).

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam memanjangkan hebahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Cetak E-mel