jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

10 Pelajar KKU Sertai 3KBN@UMT 2017

IMG 6283Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Belia Negara (3KBN@UMT) 2017 merupakan anjuran Pusat Kerjaya dan Keusahawanan, Universiti Malaysia Terengganu yang melibatkan Universiti Awam dan Swasta seluruh Malaysia. Program ini diyakini dapat membina rangkaian keusahawanan antara pelajar dan membentuk gaya pemikiran keusahawanan.

Seramai 10 orang pelajar dari Kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) telah mewakili Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Belia Negara yang berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).  Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 2 orang untuk pertandingan Rancangan Perniagaan (RP), 3 orang untuk pertandingan Real Bussiness Challenge (RBC) dan 5 orang lagi mewakili UniSZA untuk pertandingan Entrepreneur Challenge, Explorace dan Mini Games.

Penyertaan  dalam pertandingan Entrepreneur Challenge, Explorace dan Mini Games telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00. Pertandingan ini diwakili oleh Nurdini Zaini, Muhammad Afifi Zaidi, Nik Nurlayyen Ibrahim, Muhammad Ziyad Mohd Yazid dan Nur Aishah Amirah Mohd Salim. Malahan, pasukan ini juga telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan  Explorace.

Selain daripada itu, penyertaan untuk pertandingan Real Business Challenge telah berjaya merangkul tempat keempat dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 150.00. Pertandingan ini diwakili oleh Nur Alia Balqis Rahimsam, Muhammad Faris Mat Nazer dan Ahmad Azraei Ahmad Zulkepli. 

IMG 6285