PROGRAM SISWAPRENEUR SHOWCASE SIRI 3 TAHUN 2017

20729289 1410012815720945 8851578715995738815 n Program Siswapreneur Showcase Siri 3 Tahun 2017 adalah anjuran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan mempromosikan produk-produk inovasi dan keusahawanan pelajar IPT ke pasaran komersial dan lebih berdaya saing.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 1 Mei 2017 di Piazza, The Curve Mutiara Damansara yang lalu bersempena Program Siswapreneur Showcase Siri 1 yang telah diadakan pada 29 April – 1 Mei 2017 di Piazza, The Curve Mutiara Damansara.

Program ini menghimpunkan para usahawan kategori pelajar dari pelbagai Universiti dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar telah menghantar seramai 11 orang siswa siswi UniSZA yang turut terlibat dalam program ini yang menjual pelbagai jenis produk termasuk barangan kecantikan dan makanan seperti aiskrim, keropok dan minuman.

Program ini dilihat sebagai satu medium yang amat baik dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali bidang pekerjaan yang diminati dan menjadikan pelajar sentiasa berfikiran positif serta dapat berdaya saing dalam perniagaan. Sambutan yang diterima daripada pelajar-pelajar amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif.

Justeru, program ini dapat menjadi persiapan awal atau tindakan pro aktif yang diambil oleh pelajar untuk lebih memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan di masa akan datang.

20729401 1410012345720992 5959445165988928159 n

Cetak E-mel