jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

FSSG DEKATKAN MAHASISWA DENGAN MASYARAKAT

bakti55Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu – Program Bakti Siswa FSSG 2017 yang telah diadakan selama tiga hari dua malam di kampung Kuala Telemong telah berjaya menjadi salah satu platform kepada para pelajar FSSG dalam mendekatkan mahasiswa bersama masyarakat. Dalam usaha membangunkan sahsiah mahasiswa, program sebegini berupaya membentuk modal insan yang holistik.

Majlis dirasmikan oleh  YB. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.  Turut hadir  Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Afandi Mohamad, Pengarah Penerbit, Dato’ Prof. Anwar Omar Din, Dekan, Prof. Ahmad Puad Mat Som, Timbalan-timbalan Dekan, pensyarah-pensyarah, staf-staf fakulti dan universiti serta ibubapa angkat dan penduduk kampung.

YB Dato’ Rozi juga merasmikan Pusat Impak Kekal FSSG, sebuah perpustakaan mini, hasil dari sumbangan Projek Minimalis FSSG sebelum itu dan sumbangan Penerbit UniSZA yang akan memberi manfaat kepada anak-anak sekitar kampung. Seramai 75 pelajar FSSG dengan 25 buah keluarga angkat telibat dalam program-program dianjurkan seperti khidmat masyarakat membersihkan masjid, surau, balairaya dan kawasan perkuburan.

Bacaan Yasin dan ceramah agama, persembahan kebudayaan dan sukaneka antara acara-acara yang dianjurkan dan mendapat sambutan meriah dari anak-anak dan penduduk kampung. Pada hari ketiga program, Dato’ Naib Canselor, Dato’ Prof. Zubaidi Abd. Latiff telah sama-sama turun ke program motivasi bersama pelajar-pelajar SK Kuala Telemong, serta program ziarah dan sumbangan kepada 10 keluarga miskin dan pesakit-pesakit kronik sekitar kampung.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timb. Dekan (HEPA), FSSG, Dr. Norsuhaily binti Abu Bakar bersama-sama ketua kampung, En. Mohd. Kamal. 

 bakti44 bakti22 bakti33 bakti66bakti11