SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI FAKULTI PERUBATAN 2017

fskraya1 KUALA TERENGGANU, 13 JULAI 2017 – Fakulti Perubatan,  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengadakan majlis sambutan hari raya yang diraikan oleh semua warga Fakulti Perubatan (FP) dengan kerjasama Institut Pembangunan Komuniti & Kualiti Hidup (i-CODE).

Majlis dengan penuh meriah dan kesederhanaan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang diraikan dengan kunjungan hampir 800 orang tetamu termasuk pensyarah jemputan luar, staf daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, staf Kampus Gong Badak, pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan. 

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dekan Fakulti Perubatan iaitu Prof. Dr. Nordin bin Simbak. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang staf yang akan bersara iaitu Puan Rasmah binti Embong sebagai tanda penghargaan beliau dalam menyumbang tenaga dan idea sepanjang perkhidmatan selama 10 tahun di fakulti.

Majlis ini juga diadakan untuk meraikan ahli jawatankuasa bagi Program Hari Terbuka Fakulti dan Lawatan MQA yang bertungkus lumus memastikan program-program anjuran fakulti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai juadah menarik yang disediakan oleh fakulti seperti Nasi Minyak, Bihun Soto, Laksa, Sate, Ketupat Pulut, Lemang, Asam Gumpal, Kuih Muih, Rojak buah dan lain-lain lagi. Juadah turut dimeriahkan dengan juadah istimewa iaitu Kambing Bakar oleh Institut Pembangunan Komuniti & Kualiti Hidup (i-CODE).

Dengan adanya majlis seperti ini, silaturrahim antara seluruh warga fakulti dapat dieratkan. Pihak fakulti berharap majlis seperti ini akan diadakan oleh fakulti setiap tahun.

fskraya2   fskraya3   fskraya4

Print Email