• Home
  • Berita@UniSZA
  • UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM “ JOM CAKNA MINDA SIHAT, HIDUP BAHAGIA”

UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM “ JOM CAKNA MINDA SIHAT, HIDUP BAHAGIA”

kaun22 8 Julai 2017 (Sabtu)- Unit Kaunseling PTNC HEPA UniSZA telah menganjurkan Program Jom Cakna Minda Sihat, Hidup Bahagia, dengan penyertaan mahasiswa seramai 106 orang, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Kampus Gong Badak.

Program ini telah menampilkan dua orang penceramah, iaitu YBhg. Dr. Mohd. Shafiee Bin Hamzah (Pengarah Pusat Islam UniSZA dengan slot ceramah bertajuk Ubah Kehidupan Dengan “Sangkaan Baik dan YBhg. Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi (Pakar Psikiatri HSNZ) yang menyampaikan ceramah bertajuk Jom Sejahterakan Minda, Hapus Derita, Elak Tekanan. Di dalam ceramah oleh YBhg. Dr.Mohd Shafiee, beliau berkongsi tips bagi memperkukuhkan jalinan persaudaraan antara sesama mahasiswa iaitu sentiasa berbaik sangka, malah menjauhkan berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan." Demikian perkara-perkara dasar yang harus diberi beliau, sesungguhnya, sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu doa.

Mahasiswa perlu menyakini, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi apa yang kita perlu. Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar.

Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Sementara bagi slot yang disampaikan oleh Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi pula, kesihatan mental boleh mempengaruhi produktiviti kerja seseorang individu, mahasiswa dan organisasi.Kerisauan, tekanan dan kemurungan harus dielakkan oleh setiap individu agar tugasan harian tidak terganggu. Tiga gangguan ini boleh mengakibatkan produktiviti kerja seseorang mahasiswa terjejas dan mampu melumpuhkan peranan organisasi,” katanya.

Dr. Tuan Sharifah Bt Tuan Hadi turut menasihatkan para peserta untuk sentiasa melakukan senaman bagi mengurangkan tekanan di dalam pembelajaran. Elakkan membuat sesuatu kerja yang sama terlalu lama dan pastikan anda ada masa untuk membuat pergerakan atau bersenam bagi mengelakkan kekejangan otot yang boleh mengganggu fungsi badan”. Selain itu, Ujian DASS telah dijalankan kepada semua peserta bagi menyaring tahap kesihatan mental mereka.

Hasil ujian itu, mereka yang didapati mengalami tanda-tanda awal kesihatan mental akan dirujuk ke Unit Kaunseling untuk diberikan konsultasi (khidmat perundingan). Program yang berlangsung selama separuh hari ini berjaya memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga mahasiswa UniSZA tentang kepentingan menjaga kesihatan minda dan mental melalui kefahaman yang baik dari sudut pandangan agama dan kesihatan.

Diharap pendedahan dan perkongsian ilmu ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa sepanjang tempoh pengajian malah berguna untuk masa akan datang.

kaun11 kaun33

Print Email