MAJLIS BERBUKA PUASA FAKULTI PERUBATAN 2017

fb11 17 Jun 2017 (Sabtu) – Fakulti Perubatan, UniSZA telah menganjurkan program berbuka puasa bersama staf dan pelajar bertempat di kampus perubatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara staf dan para pelajar fakulti perubatan.

Program ini telah dihadiri oleh Y. Brs. Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakult Perubatan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Pelajar-pelajar Perubatan dan Pembedahan, Sains Kejururawatan dan Asasi Sains Perubatan serta staf-staf Fakulti Perubatan UniSZA. Antara pengisian program adalah Ceramah Ramadhan oleh Penceramah Jemputan, Solat Sunat Terawih berjamaah dan Gerai makanan yang disediakan oleh pensyarah dan para pelajar.

Keunikan majlis berbuka puasa ini adalah setiap pensyarah telah menyediakan juadah berbuka puasa mengikut negara masing-masing seperti masakan timur arab, masakan vietnam, masakan melayu tempatan dan banyak lagi. Lebih unik lagi, setiap juadah yang disediakan adalah hasil air tangan pensyarah dan pelajar fakulti perubatan.

Secara keseluruhannya, program tersebut telah mewujudkan platfom kerjasama yang sangat baik antara warga Fakulti Perubatan UniSZA.

  fp33 fp22

Cetak E-mel