• Utama
  • Berita@UniSZA
  • BENGKEL PEMBANGUNAN PAPANCERITA MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) UniSZA 2017

BENGKEL PEMBANGUNAN PAPANCERITA MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) UniSZA 2017

mooc2 Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Papancerita Massive Open Online Course (MOOC) UniSZA pada 14 hingga 15 Jun 2017, bertempat di Dewan Panca Delima AQeL, Kampus Gong Badak, UniSZA. Bengkel ini dikendalikan oleh panel jemputan AQeL iaitu En. Mohd Sufian bin Mat Deris dari Fakulti Informatik dan Komputeran. Seramai 20 orang peserta yang merupakan pembangun MOOC 2017 yang dilantik telah hadir untuk memberi komitmen dalam membangunkan kursus-kursus yang akan ditawarkan dalam bentuk MOOC. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk merangka pelan pembangunan sebelas (11) kursus MOOC serta menyediakan papancerita pembangunan kursus MOOC bagi tahun 2017. Antara kursus yang bakal dibangunkan secara MOOC pada tahun 2017 adalah seperti yang tertera dibawah:

Bil Kursus MOOC Fakulti/PTj
1. Al-Tasawwuf al-mukaran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
2. Workshop Technology Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi
3. Public Speaking Fakulti Bahasa dan Komunikasi
4. Research Methodology
5. Fiqah Perubatan Fakulti Perubatan
6. Tadabbur Al-Quran Pusat Islam
7. Pra Perkahwinan
8. Pengurusan Penyembelihan
9. Pengurusan Jenazah
10. Kursus Bahasa Al-Quran Pusat Pendidikan Berterusan
11 Quality Assurance In Diagnostic Radiography Fakulti Sains Kesihatan

Perlaksanaan bengkel ini adalah sangat penting untuk memenuhi Lonjakan 9 iaitu Pembelajaran dalam talian secara global bagi Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015- 2025.  Diharapkan, bengkel ini dapat membantu pembangun MOOC 2017 UniSZA.

mooc1   mooc3

CetakE-mel