BENGKEL PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK UniSZA 2017

th22 Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM) telah berjaya mengadakan Bengkel Pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA 2017 pada 25 Mei 2017 yang lalu bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Terengganu. Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) serta wakil daripada Pusat Tanggungjawab (PTj).

Bengkel ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif. Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk memuktamadkan definisi operasi, sasaran 2017 serta pelan tindakan 2017 bagi memenuhi keperluan Pelan Strategik UniSZA 2017-2025.

Selain itu, setiap Ketua Elemen telah membentangkan definisi operasi, sasaran 2017 serta pelan tindakan 2017 masing-masing semasa bengkel ini berlangsung. Berikut adalah elemen yang terdapat dalam Pelan Strategik UniSZA 2017-2025;

  1. Kecemerlangan Akademik
  2. Kecemerlangan Penyelidikan
  3. Graduan Holistik
  4. Kesohoran Global
  5. Penerapan Nilai Islam
  6. Khidmat Komuniti
  7. Bakat
  8. Kewangan
  9. Governans
  10. Prasarana

Untuk makluman, brosur Pelan Strategik UniSZA 2017-2025 telah diedarkan kepada warga UniSZA pada Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Sambutan Hari Pekerja Peringkat UniSZA Tahun 2017, 02 Mei 2017 yang lalu.

th11 th33

CetakE-mel