UNICEL 2017 BERJAYA KUMPUL 35 PRODUK

unicel3 Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL 2017) yang berlangsung pada 3 hingga 4 Mei yang lepas telah berjaya menghimpunkan sebanyak 35 produk untuk dipertandingkan dalam kategori Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDeL). UniCeL 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL) dengan kerjasama penuh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) adalah karnival yang julung kali diadakan dan akan menjadi salah satu acara tahunan UniSZA.

Karnival ini turut memberi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dalam pembangunan Massive Online Open Course (MOOC) 2015 dan 2016, dan anugerah turut diberikan kepada beberapa kategori iaitu MOOC terbaik 2015 dan 2016, Open CourseWare (OCW) terbaik, kursus teradun terbaik menggunakan KeLIP Semester I Sesi 2016/2017 dan juga anugerah fasilitator terbaik. Karnival selama dua hari itu juga turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada pembekal peralatan berkaitan pembelajaran dalam talian dan teknologi ICT. Pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah berhampiran dan staf serta pelajar UniSZA sendiri teruja dengan teknologi berkaitan ICT yang dipamerkan.

Antara pembekal yang terlibat adalah OpenLearning Global Malaysia, IT Solution Sdn. Bhd dan MULTADA Sdn. Bhd. Manakala pembekal alatan ICT terdiri daripada LIEOS dan Ram Era Teknologi telah sama-sama memeriahkan UniCeL 2017. Karnival yang dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) itu diharap dapat dijadikan sebagai satu platform dalam memberi pendedahan dan menggalakkan warga akademik untuk berkarya dalam menghasilkan pembangunan, inovasi dan reka bentuk berteraskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan terknologi terkini.

UniCeL 2017 juga dilihat sebagai satu medium untuk mengetengahkan serta mempamerkan hasil inovasi PdP kepada masyarakat umum dan diharap produk tersebut dapat dibawa ke pertandingan e-Pembelajaran diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Pertandingan IIDeL yang disertai oleh hampir keseluruhan fakulti di UniSZA itu telah dinilai oleh juri yang terdiri daripada ahli Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran Universiti Awam Malaysia (MeIPTA). Fakulti Informatik dan Komputeran adalah fakulti yang paling banyak menghantar penyertaan dengan 16 penyertaan, diikuti oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan empat (4) penyertaan, tiga (3) penyertaan dari Fakulti Perubatan. Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial dan Gunaan, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Kontemporari Islam dan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan masing-masing menghantar dua (2) penyertaan. Manakala satu (1) penyertaan dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Kriteria yang dinilai dalam pertandingan ini adalah keaslian, krativiti, nilai tambah kepada proses pembelajaran dan pengajaran, praktikal, bukti penerbitan sama ada di dalam majalah, akbhar, artikel, journal dan sebagainya, pembentangan dan kandungan dan rekabentuk poster. Fakulti Informatik dan Komputeran memungut empat (4) emas, empat (4) perak dan tujuh (7) gangsa. Fakulti Bahasa dan Komunikasi mendapat dua (2) emas, manakala Fakulti Sains Sosian Gunaan memungut satu (1) emas dan satu (1) perak manakala Fakulti Perubatan memperolehi satu (1) emas. Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan masing-masing memungut satu (1) pingat perak dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam memperolehi satu (1) pingat gangsa.

unicel4 unicel2 unicel1

Senarai Penyertaan dan Kutipan Pingat UniCeL 2017

Pemenang Pingat Emas

BIL. NAMA PESERTA TAJUK FAKULTI
1

Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany

Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman

Azwa Abdul Aziz

Dr. Syed Abdullah Fadzli Syed Hasan

Raja Hasyifah Raja Bongsu

Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Online Quranic Verification Tool (Quvet) FIK
2

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Maizan Binti Mat Amin

Mohd Sufian B. Mat Deris

Azilawati Binti Rozaimee

Ahmad Taufiq Abu Nazir

FAQIH Celik Solat FIK
3

Abd. Rasid Bin Mamat

Nurul Hanis Abd. Rasid

Prof. Madya Dr. Fadhilah Binti Ahmad

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Fatimah Binti Ghazali

Pre School Selection System Using Analytic Hierarchy Process (AHP): Implementation And Usability Study FIK
4

Mohd Fauzi Bin Abdul Hamid

Mohd Firdaus Bin Yahaya

Mohd Shahrizal Bin Nasir

Muhammad Sabri Bin Sahrir

Zulazhan Bin Ab. Halim

Azrul Amri bin Jamal

EZ-Arabic Mobile App FBK
5

Norasyikin Binti Osman

Dr. Mohd Isa bin Hamzah

M-AraBIE Dalam Persekitaran Pembelajaran Teradun FBK
6

Dr. Muhamad Fazil Ahmad

Prof. Madya Dr. Mokhairi Bin Makhtar

Dr. Norsuhaily Abu Bakar

Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som

Virtual Classroom –TutoReal FSSG
7

Fatimah Ghazali

Siti Dhalila bt Mohd Satar

Dr. Mumtazimah Mohamad

Rohana Ismail

Dr. Zahrahtul Amani Binti Zakaria

The Implementation of JiTT on Web Application Development Course (TKS4133) FIK
8

Atif Amin Baig

Khairi Che Mat

Saif Ullah Khan

M Ilyan Nadeem

Hamid Masud

M Khairi Zahri

M. Ali Mirza

Nordin Simbak

Research Institution via Z to A based Graph FP

Pemenang Pingat Perak

BIL. NAMA PESERTA TAJUK FAKULTI
1

Dr. Muhamad Fazil Ahmad

Prof. Datuk Dr. Yahaya Bin Ibrahim

Prof. Dr. Wan Abd Aziz Bin Wan Mohd Amin

Prof. Dr. Ahmad Puad Bin Mat Som

Prof. Madya Dr. Norizan Binti Abdul Ghani

Supervision FSSG
2

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Hafiah Bt Yusof

Salman Bin Lambak

Mohd Firdaus Bin Yahaya

Mohd Masrul Bin Ibrahim

Managing Part Time Facilitator’s Evaluation for Co-Curriculum Subjects Using Simplified Sheet FIK
3

Norkhairani Abdul Rawi

Mohd Sufian B. Mat Deris

Maizan Binti Mat Amin

Azilawati Binti Rozaimee

Nur Syafiqa Azim

Using K-Madu to expose on the A-Z about Honey for the beginner FIK
4

Prof. Dr. Lua Pei Lin

Noor Salihah Zakaria

Dr. Mohd. Razif Bin Shahril

Dr. Aryati Binti Ahmad

Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Binti Saadun Tarek Wafa

“CanDi”: A Local Dietary Educational App For Cancer Patients and Survivors FFarmasi
5

Dr. Suffian Bin Mohamad Tajudin

Dr. Suhailan Bin Safei

Adila Hanim Binti Aminordin Sabri

e-Radiation Simulator FSK
6

Mohd Sufian B. Mat Deris

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Maizan Binti Mat Amin

Azilawati Binti Rozaimie

Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin

i-Jenazah FIK
7

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Azilawati Binti Rozaimie

Maizan Binti Mat Amin

Mohd Sufian B. Mat Deris

Literacy for children through gamification FIK
8

Dr. Noor Afiza Badaluddin

Dr. Nornasuha Yusoff

Hailmi MS

MyPest Apps FBIM

Pemenang Pingat Gangsa

BIL. NAMA PESERTA TAJUK FAKULTI
1

Maizan Binti Mat Amin

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Azilawati Binti Rozaimee

Mohd Sufian B. Mat Deris

Muhammad Amir Irfan Mazian

Interactive Recycling Education and Awareness: i-Recycle FIK
2

Dr. Syadiah Nor Wan shamsudin

Kamariah Binti Awang

Dr. Ismahafezi Bin Ismail

Norkhairani Abdul Rawi

Maizan Mat Amin

AR-BEST : Belajar Asas Nombor Secara Interaktif FIK
3

Maizan Binti Mat Amin

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Azilawati Binti Rozaimee

Mohd Sufian B. Mat Deris

Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin

Learn Basic Al-Quran through Gamification:Qari Cilik FIK
4

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Mat Atar Bin Mat Amin

Maizan Binti Mat Amin

Mohd Sufian B. Mat Deris

Azilawati Binti Rozaimee

i-Baja Kompos : Tool to Support Student Learning Time (SLT) in Agriculture Subjects FIK
5

Azilawati Binti Rozaimee

Maizan Binti Mat Amin

Norkhairani Binti Abdul Rawi

Mohd Sufian B. Mat Deris

Interactive Application: Asian Civilization FIK
6

Dr. Suhailan Bin Safei

Mohd Kamir Bin Yusof

Integrated Final Year Project (iFYP) FIK
7

Siti Dhalila Binti Mohd Satar

Fatimah binti Ghazali

Dr. Zahrahtul Amani Binti Zakaria

Sharifah Sumayyah bt Engku Alwi

Dr. Mumtazimah Bt Mohamad

Mohd Kamir Bin Yusof

Human Body Composition System for Analyzing Students Understanding using Statistical Analysis FIK
8

Dr. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin

Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin

Tasnim Binti Abdul Rahman

Wan Fajrulhisyam Wan Abdullah

Manual Tajwid Audio (Mata) Untuk Komuniti Oku Penglihatan Islam FKI

CetakE-mel