• Utama
  • Berita@UniSZA
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEGAWAI FARMASI METHADONE NEGERI PAHANG KE UniSZA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEGAWAI FARMASI METHADONE NEGERI PAHANG KE UniSZA

icode1 17 Mei 2017 (Rabu) - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan seramai 14 orang Pegawai Farmasi Methadone, Negeri Pahang bagi tujuan lawatan sambil belajar dan perbincangan kerjasama hasil kajian projek geran penyelidikan NRGS berkenaan Terapi Gantian Methadone dari aspek biologi dan spiritual, Modul i-TGM, dan produk i-Dispenser. Projek penyelidikan ini diketuai oleh Y. Brs. Prof. Dr. Nasir Mohammad, Timbalan Pengarah Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE).

Rombongan lawatan diketuai oleh Puan Zaidah Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Amalan dan Perkembangan Farmasi merangkap Penyelaras Methadone Unit Farmasi Negeri Pahang disambut mesra oleh Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA bersama-sama Y. Brs. Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff Raja Hussin, Pengarah Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE).

Turut hadir meraikan majlis ialah Encik Mohammd Tajmuddin Shah Muda, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu (AADK), wakil Penjara Marang Negeri Terengganu, Prof. Dr. Ab Fatah Ab Rahman, Dekan Fakulti Farmasi (FF), Ahli – ahli  Penyelidik Projek Geran Penyelidikan NRGS dan pelajar-pelajar siswazah dibawah seliaan geran penyelidikan NRGS. Hasil kunjungan, pihak rombongan sangat berminat dan tertarik dengan Modul i-TGM dan produk i-Dispenser yang telah dibentangkan semasa majlis. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA berharap agar perbincangan yang lebih dekat dan terperinci perlu diteruskan dalam tempoh masa terdekat agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada lawatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat (i-CODE) dan UniSZA serta Projek Geran Penyelidikan NRGS yang terlibat sepanjang majlis berlangsung.

icode4   icode3 icode2  

Cetak E-mel