jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

PROGRAM LATIHAN KENDIRI STAF UniSZA 2016

DSC 3097MERANG- Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar UniSZA telah berjaya menganjurkan Program Latihan Kendiri Staf UniSZA pada 27 hingga 29 Disember 2016. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam itu telah diadakan di Kem iM4U, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA, Merang. Program ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang kakitangan UniSZA daripada pelbagai jawatan di bidang akademik dan bukan akademik.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme staf supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan dalam mewujudkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. Selain itu, program ini akan dapat memantapkan pembentukan personaliti unggul dalam diri dan membina strategi untuk pengukuhan pencapaian diri para peserta.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang program ini berlangsung seperti Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UniSZA, Encik Mahammed bin Ismail dan Encik Mazri bin Mamat daripada Kementerian Kesejahteraan Luar Bandar. Bagi ceramah kuliah Subuh dan Maghrib serta Ceramah Agama Khas, ianya telah dikendalikan oleh pensyarah daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam manakala sesi Terapi Minda di bawah kendalian Unit Kaunseling UniSZA yang diketuai oleh Puan Rosni bin Mohamad, Ketua Pegawai Psikologi.

Aktiviti-aktiviti outdoor seperti Senaman Jasmani, Duathlon, Water Confident dan Survival telah dijalankan di bawah kelolaan staf Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Mazlan bin Mohammad, Penolong Pendaftar Kanan yang mewakili Pendaftar UniSZA. Kata-kata semangat yang disampaikan oleh beliau diharapkan dapat merangsang prestasi kerja cemerlang di kalangan peserta.