BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN LALUAN KERJAYA STAF AKADEMIK

222 Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti telah mengadakan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Laluan Kerjaya Staf Akademik pada 7 hingga 8 Mei 2017 bertempat di Duyong Marina & Resort. Bengkel yang diadakan selama 2 hari bertujuan untuk memuktamadkan deraf akhir dasar dan garis panduan laluan kerjaya staf akademik UniSZA meliputi Amanah Kesarjanaan Pensyarah (AKP), Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta Dasar dan Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik berdasarkan Laluan Kerjaya Pengajaran, Laluan Kerjaya Penyelidikan, Laluan Kerjaya Kepimpinan Institusi dan Laluan Kerjaya Pengamal Profesional.

Bengkel yang melibatkan 36 orang staf akademik terdiri daripada profesor-profesor di UniSZA, dekan-dekan, ahli jawatankuasa PEMANDU, Persatuan Staf Akademik serta staf akademik. Bengkel ini telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Profesor Ir. Dr. R. Badlishah bin Ahmad.

Prof. Dr. Hjh. Nor Aziah binti Hj. Alias, Penulis Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development, UniTP Orange Book telah dijemput sebagai Penceramah Khas untuk memberikan penerangan kepada ahli bengkel berkaitan keperluan laluan kerjaya staf akademik berdasarkan kandungan UniTP Orange Book.

111 333

CetakE-mel