jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

UniSZA MEMETERAI PERJANJIAN PENGKOMERSILAN PRODUK V-UMRAH DAN SUPERB AGROMEDIA

Umrah2

28 November 2016 - Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RMIC) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersilan Produk yang dihasilkan oleh penyelidik UniSZA. Majlis ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Naib Canselor, UniSZA Kampus Gong Badak, jam 2.30 petang.

Majlis disempurnakan oleh Y. Brs. Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) selaku pemangku tugas Naib Canselor UniSZA. Turut hadir menyempurnakan majlis ini ialah Y. Brs. Prof. Dr. Noor Aini Mohd Yusoff, menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Y. Brs. Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RMIC) telah berjaya memeterai dua (2) buah perjanjian pengkomersilan produk UniSZA.

Perjanjian pertama adalah produk V-Umrah yang melibatkan UniSZA dengan Syarikat Kaffah Resoucers Sdn. Bhd. Syarikat. Encik Mohd Azlan Suhaimi selaku Pengarah Urusan, Kaffah Resources Sdn. Bhd. telah menyerahkan cek bernilai RM 10,000 kepada Pemangku Naib Canselor UniSZA sebagai bayaran perlesenan pengkomersilan CD Virtual Umrah. Produk V-Umrah dihasilkan oleh penyelidik daripada Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) yang diketuai oleh Puan Azilawati Rozaimee.

Produk ini merupakan satu aplikasi yang merangkumi modul persediaan umrah, pengenalan, hukum dan pelaksanaan setiap rukun umrah dan disampaikan mengikut pilihan pengguna samaada lelaki atau wanita yangmenggabungkan unsur-unsur multimedia dan teknologi realiti maya berdasarkan teori reka bentuk berpusatkan pengguna.

Perjanjian Pengkomersilan yang kedua (2) ialah melibatkan UniSZA dengan UniSZA Agro & Biotech Sdn. Bhd bagi Produk Superb Agromedia. Produk ini adalah media untuk semaian biji benih dan tanaman pokok dalam pasu yang merupakan bahan alternatif menggantiikan tanah. Ia merupakan hasil penyelidikan selama 3 tahun yang diketuai oleh Dr. Abd Jamil Zakaria, daripada Institut Kajian Pengeluaran Pertanian & Inovasi Makanan (Agropolis), UniSZA.

Diharapkan kejayaan perjanjian pengkomersilan produk ini dapat menjadi pemangkin kepada para penyelidik untuk menghasilkan produk berkualiti untuk dikomersilkan agar dapat dimanfaat oleh komuniti.Tahniah diucapkan kepada para penyelidik. Sekalung penghargaan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UniSZA, UniSZA Holdings Sdn. Bhd. dan Kaffah Resources Sdn. Bhd diatas kejayaan menandatangani perjanjian pengkomersilan ini.

Umrah2 2 3