HASIL PEYELIDIKAN BERGEMERLAPAN DI MPI’17

MPI 02 13 Mei 2017 -Dato' Haji Mohd Zubir Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, mewakili Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis perasmian, penutup dan penyampaian hadiah sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI’17) pada 12 & 13 April 2017.

Turut mengiringi beliau adalah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Rektor TATIUC, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah Eksekutif PSKT, Prof. Madya Dr. Wan Nor Liza Mahadi. Dato' Haji Mohd Zubir Embong turut berkesempatan melawat tapak pameran bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan produk-produk yang dipertandingkan.

Program MPI’17 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering, Terengganu dianjurkan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti TATI (TATIUC) dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

Sebanyak 254 produk daripada pelbagai institusi telah dipertandingkan. Dato' Haji Mohd Zubir Embong melawat tapak pameran diiringi oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Rektor TATIUC, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah Eksekutif PSKT, Prof. Madya Dr. Wan Nor Liza Mahadi. Dato' Haji Mohd Zubir Embong dalam ucapan perasmian penutupnya berkata, beliau cukup kagum dengan keupayaan dan kebolehan penyelidik-penyelidik yang mengambil bahagian.

Beliau mengharapkan kerjasama antara institusi penyebaran ilmu ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyerlahkan dan mempamerkan kehebatan produk ciptaan penyelidik yang mengambil bahagian. Program pada tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada Institusi Awam.

Pecahan penyertaan adalah sepertimana berikut :-

Jabatan Bilangan Penyertaan
UniSZA 106
UMT 96
TATIUC 27
INSTEP 3
Pusat Permata Kurnia 1
UiTM 1
UKM 6
UNIMAP 5
UNISEL 1
UPNM 1
USIM 2
Sekolah 5
Jumlah 254

Seramai 30 orang juri dari kalangan pensyarah dan pihak industri telah dilantik bagi menilai produk-produk yang dipertandingkan. Proses penilaian telah dijalankan pada hari pertama program bermula pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Senarai pemenang pingat mengikut institusi adalah sepertimana berikut :-

Jabatan Pingat Emas Pingat Perak Pingat Gangsa Jumlah
UniSZA 16 17 22 55
UMT 21 24 20 65
TATIUC 2 3 4 9
INSTEP 2 0 1 3
Pusat Permata Kurnia 1 0 0 1
UiTM 1 0 0 1
UKM 2 2 1 5
UNIMAP 3 2 0 5
UNISEL 0 0 1 1
UPNM 0 1 0 1
USIM 1 0 1 2
Sekolah 1 1 0 2

Senarai pemenang pingat emas daripada UniSZA adalah sepertimana berikut;

Bil. Para Penyelidik Fakulti Nama Produk
1 Ketua : WACOL - Biodiesel
Prof. Dr. Azizah Endut ESERI
Ahli :
Dr. Fathurrahman Lananan ESERI
Dr. Ireana Yusra Abdul Fatah
Siti Hajar Abdul Hamid
Wan Nur Sakinah Din
Sharifah Hanis Yasmin Sayid Abdullah
Mohd Hazim Abd Aziz FRIT
Amir Fadzli Abd Ghani
 
2 Ketua: Relative Age Effect-Fitness Index Board
PM. Dr. Mohamad Razali Abdullah FSSG
Ahli:
PM. Dr. Hafizan Juahir ESERI
Siti Musliha Mat Rasid
Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki
Aleesha Adnan
Rabiu Muazu Musa
 
3 ESERI Burst-Finder: Automated Solar Radio Burst Detection For e-Callisto Spectra
Ketua:
Roslan Umar
Ahli:
Nur Zulaikha Mohd Affandi
Nor Hazmin Sabri
4 Ketua: ESERI Ultra Chicken EggShell (Ultra-Ches) Membranes
Dr. Abdul Rahman Hassan
Ahli:
Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir
Prof. Madya Dr. Mohd Hafez Mohd Isa
Syaril Hirman Azmee
5 Ketua: FIK iPACC : Intelligence Predicitive Analytics for Customer Churn
Prof. Madya Dr. Mokhairi Makhtar
Ahli:
Mohd Khalid Awang
Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman
Mohd Isa Awang
Rosaida Rosly
6 Ketua: AR-BEST : Belajar Asas Nombor Secara Interaktif
Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin FIK
Ahli:
Dr. Ismahafezi Ismail FIK
Maizan Mat Amin
Norkhairani Abdul Rawi PPHP
 
7 Ketua : QUVET : Online Quranic Verification Tool
Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany FIK
 
Ahli:
Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman FIK
En. Azwa Abdul Aziz
Dr. Engku Fadzli Hassan
Pn. Raja Hasyifah Raja Bongsu
Prof. Dr. Engku Zaki Engku Alwi FKI
8 Al Mizzalah Al Jariah
Ketua:
Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad FESP
Ahli:
Dr. Mohd Hisham Omar FRIT
Dr. Imran Abadullah
Mohamad Sobri Abu Bakar
Tuan Sheikh Ahmad Tajuddin Sh. Yusoff
Ahmad Fairuz Ariff
9 Speedy Ban “ Bahulu, Akok,Nekbat Maker”
Ketua:
Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad FESP
Ahli:
Dr. Mohd Hisham Omar FRIT
Mohamad Sobri Abu Bakar
Tuan Sheikh Ahmad Tajuddin Sh. Yusoff
10 Ketua: Pijak: Universal Pillion Footboards
Dr. Ruwaidy Mat Rasul FRIT
 
Ahli:
Nurul Nafisah Mahdi FRIT
Muhammad Izzat Sharifuddin
Muhammad Nu’aim Rahemi
Muhammad Asyraf Abdul Rashid
Muhammad Zulhilmi Izzat Daud
Mohd Ridzhwan Zaim Mohd Rauf
 
11 Ketua: Genolysis Oxygen Generator
Amir Fadzli Abd Ghani FRIT
Ahli:
Prof. Dr. Azizah Endut ESERI
Dr. Fathurrahman Lananan ESERI
Mohd Hazim Abd Aziz FRIT
Mohd Hosni Rifin
Mohd Ridzwan Zaim Mohd Rauf
Muhammad Uzair Abd Rahman
Mohd Fakhruddin Mohamad
Ong Shu Teg
12 Ketua: FSSG FSSG Facedoor
Prof. Dr. Ahmad Puad Mat Som
Ahli:
Dr. Muhamad Fazil Bin Ahmad
Mohd Usairi Bin Mohamed Zainuddin
13 Ketua: Establishing Reliability of Sepak Takraw’s  Performance Indicator Using Notational Analysis
PM. Dr. Mohamad Razali Abdullah FSSG
Ahli:
Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir ESERI
Siti Musliha Mat Rasid
Ahmad Bisyri Husin Musawi Maliki
Aleesha Adnan
Rabiu Muazu Musa
14 Dr. Muhamad Fazil Ahmad FSSG Pro-Patine
15 Prof. Dr. Zuhairah Ariff      Abd Ghadas FUHA "iVIN" -Interactive Visual Impairment Navigator
16 Ketua: EZ-Arabic Mobile APP
Mohd Firdaus Yahaya FBK
Ahli:
Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir
Mohd Shahrizal Nasir
Mohd Fauzi Abdul Hamid
Dr. Zulazhan Ab. Halim

Anugerah khas turut diberikan kepada produk yang terpilih bagi mengiktiraf hasil penyelidikan yang dilaksanakan. Senarai produk yang memperolehi anugerah khas adalah sepertimana berikut :-

Anugerah Produk Penyelidik
Special Innovation Award iVIN – Interactive Visual Impairment Navigator Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas (UniSZA)
Special Translational Award BINAflocs as Rapid Inducer for Maximum Yield of Marine Shrimp Production Dr. Nor Azman Kasan (UMT)
The Grand MPI’17 Award In-House Fabricated Non-Invasive Glucose Detection Nano Lab-On-Chip Prof. Dr. Uda Hashim (UniMAP)

 

 

Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MPI 2017. Adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan menjadi program perdana bagi UniSZA, UMT dan TATIUC dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

  MPI 01   MPI 03

Cetak E-mel

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile