• Utama
  • Berita@UniSZA
  • UniSZA BANTU PELAJAR SEKOLAH KE PERTANDINGAN INOVASI MELALUI ROBOPRO CAMP

UniSZA BANTU PELAJAR SEKOLAH KE PERTANDINGAN INOVASI MELALUI ROBOPRO CAMP

04.25 PJIM Inovative Workshop 4 Kuala Nerus : Seramai 50 pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 Sekolah Menangah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun  menyertai InovativeWorkshop@UniSZA–RoboProCamp yang diadakan di Makmal Komputer Blok Khadhijah, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan (FESP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bengkel anjuran Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA itu berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 April 2017 itu dikendalikan oleh fasilitator dari Kelab RoboPro,Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Pengarah PJIM, Prof Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol berkata, InovativeWorkshop@UniSZA– RoboPro Camp  itu bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam bidang pengaturcaraan robotik di samping untuk menyediakan suasana dan persekitaran inovasi dalam kalangan peserta.

"Ini adalah sebahagian dari aktiviti berimpak tinggi yang dirancang oleh PJIM sendiri untuk dilaksanakan dalam kalangan sekolah kluster kecemerlangan yang telah kita pilih". "Kita harap dengan program ini membolehkan sekolah yang terlibat memasuki mana-mana pertandingan inovasi samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi sempena bengkel berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PJIM,  YM Syed Mohd Azmi Ab Rahman, Penyelaras SKK-UA, Wan Ismail Wan Abdullah, dan Pengetua Sekolah SM Imtiaz YT Dungun, Md. Imran Md. Nor.

04.25 PJIM Inovative Workshop 2 04.25 PJIM Inovative Workshop 3

Cetak E-mel

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile