• Utama
  • Berita@UniSZA
  • PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG GONG SEKOLAH DAN KAMPUNG AWANG LIB, KUALA NERUS

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG GONG SEKOLAH DAN KAMPUNG AWANG LIB, KUALA NERUS

hanisa44 7 April 2017 – Seramai 60 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kakitangan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kakitangan Institut Pembangunan (Kesihatan) Masyarakat, i-CODE serta para penduduk kampung telah terlibat dalam program Khidmat Masyarakat di Kampung Gong Sekolah dan Kampung Awang Lib, Kuala Nerus baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah i-CODE, Y. Brs.Prof. Dr. Tengku Mohammad Ariff. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah i-CODE, Y. Brs. Prof. Dr. Nasir Mohammad, Dekan PPPSE UMT, Y. Brs. Dr. Prof. Madya Dr. Suriyani Muhamad, kakitangan PPPSE UMT, Ketua UMNO Cawangan Wakaf Tengah Gong Sekolah, Tuan Haji Amiruddin Abd. Rashid, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Gong Sekolah, Tuan Haji Wan Rosli Wan Ahmad serta kakitangan i-CODE.

Selepas majlis perasmian, program diteruskan dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam dan masjid kampung, majlis bacaan tahlil serta bersama-sama menyiapkan hidangan makan tengahari untuk semua peserta program. Pengarah i-CODE dalam ucapan perasmian memaklumkan bahawa, program khidmat masyarakat ini akan berlangsung secara berterusan selama dua (2) tahun (2017/2018) secara berkala dan akan diadakan setiap bulan mengikut slot aktiviti yang berlainan antaranya kerohanian, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan penyelidikan. Pemantauan secara berperingkat akan dilaksanakan agar objektif program tercapai iaitu untuk melaksanakan pemindahan ilmu dan menjadikan kampung ini sebagai role model kepada kampung lain di masa akan datang.

Program seumpama ini juga perlu diteruskan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan. Beliau juga berharap agar silaturrahim yang telah dibentuk ini dapat melancarkan urusan aktiviti-aktiviti di masa akan datang. Jawatankuasa kerja Program Khidmat Masyarakat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

hanisa55   hanisa66

Cetak E-mel

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile