MURAL DI PANTAI BARU RAKIT

BR 4 Kuala Nerus : Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat DUN Batu Rakit, Kuala Nerus telah mengadakan Program Gotong Royong pada 15 April 2017 bertempat di Kg. Batu Rakit Pantai.

Seramai 300 orang pelajar FRIT, 20 orang staf fakulti dan melibatkan lima (5) buah kawasan JKKK yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Majlis ini diserikan dengan kata aluan oleh Prof. Dr. Nik Wan bin Omar, Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan telah dirasmikan oleh YB Haji Bazlan Bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit. Selain itu juga, pemenang bagi lukisan arca di bulatan UniSZA turut diberikan pada majlis tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan juara membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500.00.

Selaras dengan pelancaran UniSZA sebagai Universiti Komuniti, FRIT terpanggil untuk melakukan khidmat komuniti di sekitar kawasan kampus. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembersihan pantai, membersihkan dua kawasan perkuburan, dan juga menyumbang lukisan mural hasil kreativiti pelajar FRIT. Pihak fakulti juga mengambil peluang untuk mengadakan program mentor mentee perdana pada hari tersebut.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan diharapkan agar program komuniti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sekaligus mempamerkan kecaknaan UniSZA terhadap komuniti setempat yang bukan sahaja berfokuskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kampus semata-mata.

BR 3

Cetak E-mel