Pengenalan Ringkas

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah merupakan salah sebuah Universitii Awam (UA) yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus pengajian di peringkat pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah).

VISI

Universiti Pilihan Tersohor di Persada Dunia.

MISI

Menzahirkan insan berperadaban dan berkemahiran teknologi pengurusan melalui kecemerlangan akademik dan keterlibatan komuniti.

MOTO

Ilmu Demi Faedah Insan (Knowledge for the Benefit of Humanity)

UniSZA mempunyai tiga (3) buah kampus iaitu:

  • Kampus Gong Badak yang memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional termasuk sains kesihatan bersekutu, pengajian perniagaan, bahasa, undang-undang dan lain-lain.
  • Kampus Perubatan yang menawarkan program dalam bidang perubatan.
  • Kampus Tembila menjurus kepada bidang pertanian, teknologi makanan dan sains komputer.
SISTEM PENGAJIAN

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.

KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu bagi program Diploma kategori SPM/Setaraf pada bulan Jun dan program Ijazah Sarjana Muda kategori STPM/Setaraf pada September setiap tahun.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Universiti Awam (UA) yang lain, UniSZA juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan juga mesin ATM dalam kampus.

KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa / dermasiswa / pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan.

Print Email

[toggle mode only] jquery alih menu on mobile