SUKMALINDO 2016 ERAT HUBUNGAN PERSAHABATAN DUA NEGARA

09.26 PSR Sukmalindo 7 Kuala Nerus: Kejohanan Sukan Persahabatan Atlet Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan Indonesia (SUKMALINDO) edisi ke 9 nyata berjaya mengeratkan hubungan antara 174 atlet mahasiswa dari dua negara.

Sebanyak lima sukan dipertanding sepanjang kejohanan yang berlangusng di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, antaranya acara memanah, badminton, bola tampar, sepak takraw dan futsal.

Antara university terlibat dari kontijen Malaysia adalah UniSZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Timbalan Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Nik Wan Omar berkata, kejohanan selama dua hari itu lebih kepada mengeratkan hubungan penuntut dari universiti di dua buah negara serumpun berkenaan.

  "Kontinjen Malaysia dan Indonesia, masing-masing menghantar 87 atlet untuk bertanding yang berlangsung di UniSZA ini.  Selain acara sukan, delegasi kebudayaan dari Indonesia dan Malaysia juga hadir untuk membuat persembahan ketika program penutupan,"katanya kepada media selepas majlis penutup SUKMALINDO di sini.

Hadir sama Direktur Jenderal Pembelajaran Dan Kemahasiswaan, Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Intan Ahmad dan Ketua Penolong Setiausah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Tony Azman Hassan.

Nik Wan berkata, pihaknya berharap penganjuran itu dapat mencapai objektif dan matlamat yang ditetap selain kesinambungan antara kedua buah negara dapat dijalinkan terutama manfaat daripada segi aspek pendidikan, teknologi sukan dan kebudayaan.

"Selain sukan, pelbagai program dijalankan UniSZA untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar di antara dua negara ini termasuklah melalui program sukarelawan dan kebudayaan.

"Dengan adanya hubungan sebegini, saya yakin pemimpin Universiti akan menjadi pemimpin muda yang memahami kepentingan menjaga hubungan antara dua negara ini,"katanya.

09.26 PSR Sukmalindo 1   09.26 PSR Sukmalindo 2   09.26 PSR Sukmalindo 3   09.26 PSR Sukmalindo 4   09.26 PSR Sukmalindo 6   09.26 PSR Sukmalindo 8

  

Print Email