PELAJAR UNISZA CEMERLANG DI SEMINAR PASCASISWAZAH PERINGKAT KEBANGSAAN

FP BANGI: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menghantar 3 pelajar siswazahnya dari Fakulti Perubatan (FP) untuk menyertai seminar ke Malaysian Society for Microbiology Postgraduate Seminar (MSMPS 2016) yang pertama kali diadakan pada 24 Ogos lalu bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdiri daripada seorang pelajar PhD dan 3 orang pelajar Master.

Penganjuran MSMPS 2016 oleh Malaysian Society for Microbiology (MSM) ini telah menerima penyertaan sebanyak 128 penyelidik dari Universiti Awam (UA) dan IPTS seluruh Malaysia.

MSMPS adalah platform kepada pelajar pascasiswazah dalam bidang mikrobiologi untuk membentangkan hasil kajian dan mempamerkan produk inovasi mereka dalam bidang penyelidikan menerusi hasil penyelidikan, ciptaan dan inovasi mereka kepada umum.

Penyertaan buat kali pertama ini telah berjaya menobatkan pelajar PhD iaitu Muhd Ridzuan Bin Pauzi sebagai pembentang terbaik bagi kategori Mikrobiologi Perubatan dan tempat ketiga (pingat gangsa) bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan. Beliau merupakan pembantu penyelidik dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Salwani Binti Ismail telah membentangkan kajian beliau bertajuk “Cytotoxicity and Antifungal Properties of Hydroxychavicol Against Trichophyton rubrum. Sehubungan dengan itu, beliau juga telah dilantik sebagai bendahari kehormat dalam American Society for Microbiology (Malaysian Student Chapter).

Cetak E-mel