FSTK RAI PELAJAR BAHARU SESI 2016/17

PEL BARU 1 Kuala Nerus - Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) telah mengadakan Majlis Bersama Fakulti dan Pelajar Baharu Kemasukan Diploma dan Ijazah Sesi 2016/17.

Majlis telah diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Siti Maryam binti Sharun, Dekan FSTK dan barisan Pengurusan serta pensyarah-pensyarah fakulti.

Majlis tersebut diadakan bagi tujuan sesi berkenalan dengan pelajar-pelajar baru serta memberi penerangan berkenaan dengan fakulti. Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan berkenaan dengan program yang ditawarkan, penglibatan aktiviti di dalam dan juga di luar kampus dan juga peraturan-peraturan yang diguna pakai di fakulti.

PEL BARU 2   PEL BARU 3   PEL BARU 4   PEL BARU 5   PEL BARU 6

Cetak E-mel