KOLOKIUM PASCASISWAZAH

KOL 1 Kuala Nerus : Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kreatif (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Kolokium Pascasiswazah Kali Ke-2/2016 pada 24 - 25 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat, FSTK. Seramai 17 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada 14 orang pelajar peringkat Master dan 3 orang pelajar peringkat Ph.D. Kolokium ini bertujuan untuk menilai sejauh mana perkembangan terkini penyelidikan para pelajar. Selain itu juga, para pelajar dikehendaki membuat pembentangan berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan. Kolokium ini merupakan program wajib fakulti bagi memastikan penyelidikan para pelajar berjalan dengan baik. Turut hadir ke program tersebut Dekan, FSTK dan barisan pengurusan fakulti.

KOL 2   KOL 3   KOL 4

Print Email