INTELEKTUAL MERENTASI SEMPADAN

indo Kuala Nerus: Seramai 33 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Mobiliti Akademik Ke Indonesia selama selama tujuh hari, bermula 1 hingga 7 April bertempat di Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ), ESQ Leadership Center Jakarta dan Pondok Pesantren Darunnajah Jakarta.

Penyelia program, Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani berkata program yang julung kali diadakan itu memberi makna yang cukup besar kepada tenaga akademik dan pelajar serta pihak yang terlibat dalam kerjasama menjayakan program bertaraf antarabangsa tersebut.

“Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam mencapai objektif dan matlamat program.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi ta’aruf mahasiswa UniSZA dan UMJ, perbincangan MoA dalam konteks penyelidikan dan P&P UniSZA, UMJ dan ESQ Leadership Center, Lawatan dan perbincangan bersama pihak pengurusan Pesantren Darunnajah Jakarta, sesi dialong mahasiswa UniSZA dan UMJ, sesi ‘academic talk UniSZA – UMJ, Ceramah ilmiah pendidikan di ESQ Leadership Center, aktiviti silang budaya UniSZA dan UMJ serta peserta turut berkesempatan melaksanakan kajian kualiti hidup nelayan di Jakarta, Indonesia,”katanya.

Sementara itu, pengarah program, Mohammad Hatta bin Bakar, berkata program sebegini wajar diteruskan lagi agar dapat melahirkan modal insan yang cakna berkenaan pembangunan akademik khususnya dalam membawa hubungan hebat dua hala antara negara luar.

“Impak yang diperolehi oleh peserta adalah pengalaman menjalinkan hubungan dua hala antara dua buah negara dalam aspek akademik dan pembangunan kehidupan mahasiswa agar seiring dengan keperluan negara dalam memacu modal insan yang cemerlang,” katanya.

indo1

Cetak E-mel