40 BUAH RUMAH TRADISIONAL TERAKHIR TERENGGANU & KELANTAN MENGHIASI PERPUSTAKAAN UniSZA

catan1 Kuala Nerus: Lebih daripada 40 buah karya pelbagai jenis rumah Melayu lama ‘menghiasi’ Atrium Perpustakaan UniSZA untuk tatapan semua pengunjung dan peminat seni bersempena Pameran Catan Rumah Tradisional Terakhir Terengganu & Kelantan’, hasil karya Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Kamaluddin.

Pameran selama 21 yang bermula pada 25 April hingga 15 Mei itu merupakan program anjuran Fakulti Senireka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA.

Prof Madya Dr. Abdullah Sani ketika ditemui berkata, karya yang dipamerkan itu adalah hasil seni beliau sejak dari tahun 1997 lagi.

“Ini adalah pameran solo saya yang ke sebelas dan untuk kali ini saya mengetengahkan teknik media yang berlainan seperti penggunaan cat minyak, akrilik dan cat air.

“Program seperti ini amat bagus dan ianya adala salah satu usaha serta peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan UniSZA dalam membantu mempromosi serta memartabatkan karya-karya anak seni tempatan, khususnya warga UniSZA di mata masyarakat”, katanya.

Katanya lagi, sebahagian daripada karya beliau itu telah pun berjaya dijual dengan harga sekitar antara RM6,000 dan RM4,000.

Beliau yang juga pernah menerima anugerah oleh Phillip Morris Group of Companies Malaysia/Asean Art Awards sekitar tahun 1997 berharapa agar karya-karya sebegini mampu menjadi sebuah koleksi dan rujukan terbaik sebagai warisan sejarah kepada generasi akan datang.

Prof Madya Dr. Abdullah Sani Kamaluddin merupakan pensyarah di FSTK, UniSZA. Sebahagian daripada karya ini telah pun dijual dengan harga antara RM6,000 dan RM4,000. Untuk rekod, beliau juga pernah menerima anugerah oleh Phillip Morris Group of Companies Malaysia/Asean Art Awards sekitar tahun 1997.

Sementara itu, minat yang mendalam terhadap senibina tersebut, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif turut berkesempatan hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutup “Pameran Catan Rumah Tradisional Terakhir Terengganu & Kelantan” karya Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Kamaluddin berlangsung di tapak pameran.

Dalam ucapan di majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa kita patut berbangga dengan karya-karya yang dihasilkan oleh anak tempatan, khususnya anak-anak Terengganu.

“Karya-karya klasik ini sebenarnya mewakili dan menghubungkan kita dengan budaya masyarakat Pantai Timur, yang sepatutnya dihargai oleh golongan muda hari ini.

“Ini kerana sekiranya karya-karya seperti ini tidak diketengahkan, maka generasi seterusnya juga tidak tahu menilai dan menghormati budaya sesuatu bangsa itu”, katanya pada perasmian penutup itu,

Katanya lagi, ini juga adalah salah suatu usaha yang baik bagi memastikan kesinambungan budaya sesuatu bangsa, supaya kita dapat menghargai akar umbi kita, sepertimana yang telah diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Kamaluddin menerusi karya-karya beliau.

catan catan2 catan3

Cetak E-mel