• Home
  • Arkib Berita 2014
  • BENGKEL PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL AKUAN PERUNDING TAKAFUL DI SANTUARY RESORT, CHERATING, PAHANG

BENGKEL PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SIJIL AKUAN PERUNDING TAKAFUL DI SANTUARY RESORT, CHERATING, PAHANG

Pada 6- 8 November 2014, Unit Kaunseling, Pejabat TNC HEPA UniSZA telah melaksanakan satu Bengkel Persediaan Menghadapi Peperiksaan Sijil Akuan Perunding Takaful di Santuary Resort, Cherating, Pahang.  Program ini adalah bertujuan menyiapkan projek-projek kebolehpasaran graduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2013.  Seramai 80 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun akhir telah menghadiri bengkel 3 hari 2 malam ini. Penceramah jemputan ialah Encik Salman bin Lambak, pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan, UniSZA. Bengkel ini diadakan bertujuan sebagai satu medium penting untuk para peserta mempelajari prospek dan memahami hal-hal berkaitan persiapan sebagai perunding takaful yang professional. Seterusnya, pada 27 November 2014, kesemua peserta ini telah meneruskan lagi fasa ke tiga “Projek Kebolehpasaran Graduan, Eksplorasi Kerjaya, Ready4work & Get That Job”.  Fasa ketiga ialah peperiksaan sijil tauliah sebagai Perunding takaful. Peperiksaan ini akan melayakkan para peserta untuk ditauliah sebagai agen perunding takaful di mana-mana syarikat takaful yang terpilih. Peperiksaan ini telah dijalankan di Open University, Kuala Terengganu dan hampir 90% peserta telah lulus dengan cemerlang. Semoga usaha ini akan dapat membantu kebolehpasaran bakal graduan untuk menempatkan diri ke alam kerjaya.

Print Email