• Home
  • Arkib Berita 2014
  • UNIT KAUNSELING, (HEPA) UNISZA ANJUR PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN KAUNSELING BAGI DEKATI PELAJAR

UNIT KAUNSELING, (HEPA) UNISZA ANJUR PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN KAUNSELING BAGI DEKATI PELAJAR

kaunseling31124 Unit Kaunseling (HEPA) UniSZA telah menganjurkan Outreach Program : We Listen,  We Share, We Care pada 16 hingga 18 Disember 2014, bertempat di Foyer Pejabat Kolej Kediaman, Kampus Gong Badak.  Seramai 244 orang siswa/i telah menyertai program ini.  Objektif program ini adalah untuk mempromosi dan memberi pendedahan tentang peranan Unit Kaunseling sebagai satu  One-Stop Centre rujukan bagi membantu mahasiswa/i membentuk pertumbuhan diri yang positif di alam kampus. Selain itu, program ini turut membantu pelajar mengenal diri masing-masing melalui pengujian psikologi terutama dalam mengenal pasti personaliti individu..Terdapat enam (6) ujian yang ditawarkan, dan setiap ujian ditadbir oleh lima (5) orang Pegawai Psikologi UniSZA.  Antaranya ialah Ujian Gaya Bercinta, Ujian Minat Kerjaya Sidek, Ujian Gaya Pembelajaran, Ujian Personaliti Sidek, Ujian Personaliti Warna dan Ujian Mengenal pasti Tahap Tekanan.  Peserta diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya atau mencuba kesemua ujian yang ditawarkan.  Selain daripada pentadbiran ujian psikologi, lain-lain pengisian program adalah  Pameran Kaunseling Dan Psikologi, Cabutan Pengunjung Bertuah, Draw Your Story  yang berkonsepkan Art Therapy, Games Psychology, Teka Teki Logik dan Temu Kenal Bersama Kaunselor. Semoga program ini menjadi platform kepada mahaisswa dan mahasiswi UniSZA mendapatkan khidmat menolong dan mengenali personaliti diri.

kaunseling31125

Print Email