FKI Bantu Mangsa Banjir

Kemaman: Tragedi banjir yang melanda Pantai Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang), mendapat perhatian dan simpati ramai. Pihak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merasa terpanggil untuk turut serta menyumbang bagi meringankan beban mangsa tragedi banjir. Pihak FKI telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM6500.00 hasil kutipan daripada para peserta Bengkel Penyediaan Modul PPG di Prinz Park Resort, Kuala Ibai (24 – 26 Disember 2014), warga FKI/Tabung Kebajikan Kakitangan FKI (TKKFKI), EQC Gong Badak dan individu-individu sekitar Kuala Terengganu. Dana tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan, bekalan air bersih dan lain-lain barangan keperluan harian.

 Misi bantuan ini disertai oleh 6 orang warga FKI, seorang wakil NGO (Presiden Al-Adha) dan 3 orang awam, dengan diketuai oleh Dr. Anas Mohd Yunus (Timbalan Pengarah PALM, UniSZA). Rombongan misi bantuan ini telah bertolak ke Kampung Enjin Gergaji, Cukai, Kemaman bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat. Bantuan telah disampaikan kepada wakil NGO yang menguruskan pusat pengumpulan bantuan di kawasan tersebut. Dua unit water jet turut diwakafkan dan diserahkan kepada pihak berkenaan bagi tujuan kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

Print Email