Pasangan Kembar Seiras antara 1633 terima diploma

uniszakonvo1 Kuala Nerus: Pasangan kembar, Nik Ahmad Ridhuan Nik Ibrahim dan Nik Ahmad Radhi antara 1633 graduan yang menerima diploma pada majlis konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke 6 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu. Penerima diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) dari Fakulti Informatik dan Komputeran itu merupakan pasangan kembar seiras yang tidak pernah berpisah sejak dilahirkan. 

Nik Ahmad Ridhuan, 20, ketika ditemui berkata, kedua-dua mereka yang bercita-cita ingin menjadi pereka grafik sejak di bangku sekolah, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan. “Saya dan pasangan kembar saya memang tidak pernah berpisah dari kecil sampailah sekarang. Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalh kami berjaya melangkah masuk ke UniSZA ini. “InsyaAllah, kami berdua akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan memilih bidang yang sama iaitu Komputeran dan juga di universiti yang sama,” katanya yang merupakan anak ke 11 daripada 12 adik beradik. Sementara itu, Nik Ahmad Rdhi, 20, berkata dia begitu gembira dan bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian bersama abang tercinta berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan “Kami selalu belajar dan membuat tugasan bersama-sama. Malah, abang saya banyak membantu dalam terutamanya ketika belajar dan juga membuat tugasan yang saya kurang faham. “Malah, ia juga tidak menjadi masalah kepada kami kerana ditempatkan di kelas yang sama.

Ia memudahkan lagi untuk saya dang pasangan kembar berkomunikasi dan belajar bersama-sama,” katanya ketika ditemui. Katanya lagi, kejayaan hari ini juga adalah berkat doa daripada ibu bapa mereka yang banyak berkorban selama ini. Penganugerah diploma pada sidang keempat itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Print Email