CRIM ANJUR BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT)

011214 CRIM 1 Kuala Nerus: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah mengajurkan bengkel Training of Trainers (TOT): Penilaian Kertas Cadangan Penyelidikan, pada 28 November 2014 bertempat di Dewan Senat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) jam 8.00 pagi.

Seramai 55 orang staf akademik berjawatan Prof. Madya daripada bidang Sains dan Sains Sosial telah hadir ke bengkel ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penilai dalaman UniSZA berkenaan format dan tips penilaian kertas cadangan penyelidikan.

Bengkel yang bermula seawal 8.30 pagi ini dimulai dengan taklimat ‘Penilaian Kertas Cadangan Penyelidikan FRGS’ yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Pembangunan, UniSZA, Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman ,

Selain itu, pihak CRIM juga telah menjemput Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Latif Ahmad dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Fasilitator bagi mengendalikan bengkel dalam bidang Sains.

Beliau merupakan penilai kertas cadangan penyelidikan yang sangat aktif di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mempunyai kepakaran dalam bidang Membrane Technology, Wastewater Engineering, Separation Process and Adsorption Technolgy.

Manakala Y. Bhg. Prof. Dr. Rohana binti Othman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijemput sebagai fasilitator bagi mengendalikan bengkel bidang Sains Sosial. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Perakaunan Forensik dan Perakaunan Sektor Awam.

Kedua-dua Fasilitator jemputan ini turut menyampaikan taklimat mengenai format dan tips penulisan serta cara penilaian kertas cadangan penyelidikan di peringkat universiti.

Peserta bengkel juga turut didedahkan dengan latihan praktikal serta pembentangan secara berkumpulan bagi melihat kelemahan-kelemahan kertas cadangan penyelidikan yang tidak diterima di peringkat KPM.

Secara Keseluruhannya, bengkel ini dapat memberikan pendedahkan kepada penilai dalaman UniSZA mengenai kaedah sebenar bagi menilai sesuatu kertas cadangan penyelidikan. CRIM berharap agar penilaian kertas cadangan penyelidikan dapat dilakukan dengan lebih teliti dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh KPM.

011214 CRIM 2 011214 CRIM 3

Print Email