Pelajar UniSZA Hasil Tanaman Jagung Manis, Labu dan Rockmelon

labu1 Kuala Terengganu: Pelajar Tahun 1 dan 3 Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menjalankan tanaman tiga jenis pokok buah iaitu Jagung Manis, Labu dan Rockmelon. Ketua Jabatan Agropolis UniSZA, Prof. Dr. Abdul Jamil Zakaria, berkata aktiviti tanaman itu adalah sebahagian daripada kurusus pembelajaran mahasiswa untuk memastikan mereka dapat memahirkan diri di dalam teknik tanaman dan penjagaan tanaman. “Selain itu, pelajar juga dapat menjana idea kreatif serta inovasi dalam menegendali dan menyelaras tanaman mereka di bawah pemantauan saya, “ katanya yang juga pensyarah sains tanaman. 

Menurut Prof. Dr Abdul Jamil, sejumlah 7100 buah pokokng jagung manis, 600 buah pokok labu serta beberapa buah pokok rockmelon ditanam di kawasan berkeluasan dua setengah hektar dengan mengambil masa selama 3 bulan. “Tarikh penuaian pula adalah pada 27 November bagi tanaman labu manakala jagung pula dianggarkan untuk dituai pada 12 Disember dan Rockmelon sekitar 19 Disemeber ini. “Dari segi teknik tanaman, kita menggunakan baja kompos tinja ayam dan tinja kambing dalam kadar yang sederhana selain baja NPK dalam kuantiti seimbang untuk pembesaran pokok dan pembungaan bagi mendapatkan hasil.” Katanya. Tambahnya lagi, pelajar turut menggunakan semburan biofungus iaitu teknik kawalan tanah serta Effective Microorganism (EM) bagi memastikan hasil dan kualiti tanaman adalah organik tanpa ada pengaruh bahan kimia. “Hasil tanaman mereka ini juga akan dipasarkan dan dijual serta mendapat tempahan dari beberapa pihak terutamanya buah jagung manis,” katanya ketika ditemui.

labu3   labu2

Cetak E-mel